Pada mulanya saya ingat untuk menginstall joomla susah sangat pasal bila baca tutorial kat laman web joomla berjela-jela tutorialnya.
Tapi bila dah setup sendiri joomla, terasa senang sangat pulak. Anda tidak perlu tahu apa-apa tentang koding kerana joomla ialah CMS software iatu Content Management System. Setelah anda setup joomla, anda hanya perlu login sebagai admin dan lain-lain kandungan boleh dilakukan di sana.
Benda-benda yang anda perlu ada untuk setup joomla:
1.Wamp Server:
-Wamp server lebih kurang seperti phptriad kerana mempunyai apache, phpmyadmin, dan mysql di dalamnya.
-boleh didapati di http://www.wampserver.com/en
2.Download file installation joomla:
-boleh di dapati di http://www.joomla.org.
-cari yang ada perkataan download, disarankan download versi yang stabil dan terbaru.
Cara nak install joomla:
1.Wamp server :
-Install wamp server
-Kemudian open software wamp server dan pergi ke taskbar dan klik icon wamp.
-Click pada 'put online' untuk mengaktifkan wamp server.
-Lepas tu pergi ke php>>php.ini dan ubah 'magic_quotes_gpc = Off' kepada 'magic_quotes_gpc = On'
-Kemudian pergi pula ke phpmyadmin (di taskbar juga) dan create database baru dengan menggunakan sebarang nama yang anda mahu dan tekan create.
-Selepas itu pergi pula ke www directory dan delete kesemua file di dalam folder tersebut untuk mengelakkan sesetengah file daripada clash dengan file joomla.
2.Extract Joomla installation packages:
-Selepas itu, extract file installation joomla ke dalam folder www directory.
-Sekiranya anda mahukan page anda mempunyai lebih daripada satu laman (contohnya di main menu ada home dan contact), buat satu folder di dalam www directory dengan memberi nama home dan masukkan juga file installation joomla ke dalam folder tersebut.Begitu juga untuk laman contact.
3. Setup installation di localhost:
-Pergi ke browser internet anda dan taip http://localhost dan anda akan dibawa pergi ke laman setup installation joomla.
-Step 1:
Host Name: localhost
MySQL User Name: root
MySQL Password: 'leave blank'
MySQL Database Name: 'nama database yang anda buat semasa di phpmyadmin'
-Next Step: Langkah seterusnya bergantung kepada versi joomla yang anda install. Cuma yang penting, apabila anda terlihat form untuk administrator password, jangan lupa untuk masukkan kerana password ini akan digunakan untuk mengakses manager pada website anda yang boleh digunakan untuk mengpost topic baru dan pelbagai lagi.
-Final Step : Pergi ke www directory dan delete folder installation joomla yang bernama 'installation'. Sekiranya anda tidak mendelete folder tersebut, anda tidak akan dapat mengakses laman anda.
4.Manage laman anda :
-Taip http://localhost dan anda akan dibawa pergi ke laman anda yang telah siap dibina dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja. Apa yang anda lihat sekarang ialah website anda tanpa sebarang module dan komponen.
-Untuk mengaktifkan modul dan komponen, anda perlu pergi ke manager joomla di http://localhost/administrator
-Terdapat pelbagai perkara yang boleh anda lakukan di sini sepeti menghasilkan artikel atau topic baru dan memasukkan module sepeti login box, last topic, dan membuat poll.
1 comments:
April 2, 2008 4:29 PM
Nak tanya boleh. Apa guna kita on kan magic quote tu?
Post a Comment